Sarawak sasar empat juta pelancong tahun ini: Talib

  • Sharebar

KUCHING: Sarawak menyasar untuk menyaksikan jumlah kemasukan pelancong lebih tinggi iaitu seramai empat juta, pada tahun ini.

Datuk Talip Zulpilip (tengah)

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Talib Zulpilip berkata, sasaran sedemikian dibuat berdasarkan keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih, maka mampu melebihi angka kedatangan pelancong ke negeri ini pada dua tahun lepas yang masing-masing sekitar 3.3 juta pelancong.

“Saya yakin apabila ke-adaan ekonomi global bertambah baik, semakin ramai pelancong datang ke negeri kita.

“Kita mahu mencapai sasaran seramai empat juta (kedatangan pelancong) dan untuk itu, kita memerlukan kerjasama dari setiap pemain industri pelancongan contohnya hotel dan agensi pelancongan memainkan peranan mereka,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Talib yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) berkata, beliau yakin industri pelancongan di negeri ini mampu diperhebatkan lagi berikutan penambahan penerbangan secara terus seperti dari Korea dan Jepun.

Menurutnya, jumlah hotel-hotel yang diiktiraf juga semakin banyak, begitu juga dengan jumlah bilik.

Tambahnya, kadar hotel di negeri ini juga merupakan antara yang termurah.

Di samping itu, beliau turut menyifatkan Sarawak sebagai negeri yang selamat berikutan jumlah kes jenayah, khasnya melibatkan pelancong secara puratanya adalah sebanyak 12 kes.

Beliau turut meminta kerjasama akhbar tempatan untuk tidak mensensasikan kes jenayah yang melibatkan pelancong kerana dikhuatiri menjejaskan industri pelancongan di negeri yang sebenarnya tidak serius.

“Sarawak merupakan sebuah negeri yang selamat kerana mengikut statistik, jenayah melibatkan pelancong (secara puratanya) hanya 12 kes dalam setahun,” katanya lagi.

Source: Utusan Borneo

Filed in: General

You might like:

Dr Tiki joins the fray Dr Tiki joins the fray
Don’t jeopardise the future of Miri — Chin Don’t jeopardise the future of Miri — Chin
BN ready for onslaught from opposition — Dr Rundi BN ready for onslaught from opposition — Dr Rundi
New faces make up one-third of BN parliamentary candidates, almost half for state seats New faces make up one-third of BN parliamentary candidates, almost half for state seats

Leave a Reply

Submit Comment

© 2012 sarawakpage. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.